Minggu, 12 Agustus 2012

Ralat Hadits Imsak

“Kami bersahur bersama Nabi s.a.w. kemudian kami bangun pergi sembahyang, perawi bertanya:” Berapakah jarak diantara bersahur kamu dengan solat? Zaid menjawab: lebih kurang lima puluh ayat” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

* Lima puluh ayat adalah sebelum solat, bukannya sebelum azan. Mari kita sama-sama teliti dan perincikan semula hujah-hujah tentang/berkenaan waktu sahur yang sebenar berdasarkan hadis-hadis dan fatwa para ulama yang dibawakan.

Nasruddin al-Albani rahimahullah dan para ulama generasi awal berfatwa bahawa imsak adalah perbuatan bid’ah (perbuatan yang diada-adakan di dalam agama). Baginda bersabda:


اِذَا سَمِعَ اَحَدُكُمْ النِّدَاءَ ، وَاْلإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ ، فَلاَ يَضَعَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ.
“Jika salah seorang kamu mendengar azan sedangkan ia masih memegang sepinggan makanan, maka janganlah ia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya”. (H/R Ahmad 2/423. Abu Daud 1/149. Ibn Jarir dalam tafsirnya 3/529. Hakim 1/426. Baihaqi 4/218. Dan diriwayatkan oleh selain mereka. Lihat: Fawaid al-Muntaqa. 1/2 Abu Muhammad al-Jauhari)

Riwayat dari beberapa jalan, dari Hammad bin Salamah, dari Muhammad bin Amr dari Abu Salamah dari Abu Hurairah ia berkata:

“Rasulullah bersabda: Abu Hurairah menyebutkan hadis: Jika salah seorang kamu mendengar azan sedangkan ia masih memegang sepinggan makanan janganlah ia meninggalkan makanannya sehingga menyelesaikan makanannya”. (Menurut Hakim, hadis ini sahih berdasarkan syarat Muslim. Disepakati oleh az-Zahabi. Hadis hasan)

Dalam riwayat Abu Hurairah radiallahu ‘anhu:


وَكَانَ يُؤَذِّنُ الْمُؤَذِّنُ اِذَا بَزَغَ الْفَجْرُ
“Dahulu muazin mengumandangkan azan setelah terbit fajar”. (H/R Ahmad 1/510. Ibn Jarir dan al-Baihaqi)

Menurut al-Albani rahimahullah: Isnad hadis ini sahih berdasarkan syarat Muslim. Hadis ini mempunyai syawahid, iaitu:

Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Hammad dari jalan Yunus dari Hasan dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, kemudian menyebutkan hadis di atas yang dikeluarkan oleh Ahmad 2/423.

2. Hadis mursal diriwayatkan dari al-Husin bin Waqid dari Abu Umamah ia berkata:


اُقِيْمَتِ الصَّلاَةُ وَاْلاِنَاءُ فِى يَدِ عُمَرَ قَالَ: اَشْرَبُهَا يَا رَسُوْلَ الله قَالَ: نُعَمْ فَشَرِبَهَا
“Diketika iqamah, Umar memegang segelas air, beliau bertanya kepada Rasulullah: Apakah masih boleh minum wahai Rasulullah? Jawab baginda: Ya, minumlah! Kemudian ia minum” (Ibn Jarir 3/527/3017. Melalui dua sanad darinya)

Telah diriwayatkan dari Ibnu Lahi’ah dari Abu Zubir ia berkata:

“Aku bertanya kepada Jabir tentang seorang bermaksud berpuasa masih memegang air untuk diminum, kemudian mendengar azan. Jabir menjawab: Kami pernah mengatakan hal seperti ini kepada Rasulullah, baginda bersabda: Hendaklah ia minum”. (H/R Ahm,ad. 3/348. Beliau berkata: Telah meriwayatkan kepada kami Musa ia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami Ibnu Lahi’ah)

Al-Albani rahimahullah berkata: Isnad hadis ini tidak mengapa (diterima untuk penguat hadis). Al-Walid bin Muslim juga meriwayatkan hadis ini dari Ibnu Lahi’ah. Dikeluarkan oleh Abu al-Husin al-Kilabi dalam Nuskah Abu Al-Abbas Tahir bin Muhammad. Para perawi hadis ini tsiqah, termasuk perawi Imam Muslim kecuali Ibnu Lahi’ah. Al-Haithami dalam al-Majma’ 3/153 diriwayatkan oleh Ahmad isnadnya hasan.

Dikeluarkan oleh Ishaq dari Abdullah bin Mu’aqal dari Bilal:

“Aku mendatangi Nabi untuk azan Subuh, padahal baginda akan berpuasa, kemudian baginda meminta segelas air untuk diminum, setelah itu baginda mengajak aku untuk minum sama (sedangkan sudah masuk azan subuh), dan kami keluar untuk solat subuh”. (Dikeluarkan oleh Ibn Jarir. 3028 dan 3019. Ahmad 2/12 dan para perawinya tsiqah dan merupakan para perawi Bukhari dan Muslim)

Muthi’ bin Rasyid meriwayatkan:

“Menceritakan kepada kami Taubah al-Ambari, dia mendengar Anas bin Malik berkata: Rasulullah bersabda: Lihatlah siapa berada di masjid, pergilah, di sana aku dapati Abu Bakar dan Umar. Aku memanggil mereka, aku bawakan makanan, aku letakkan di depan beliau, beliau makan bersama mereka (sedangkan sudah azan subuh), setelah itu keluar, kemudian Rasulullah saw bersolat bersama mereka iaitu solat subuh. (Dikeluarkan oleh al-Bazzar 993 dalam Kasyful Astar dab Ibn Hajar berkata dalam az-Zawaid hlm. 106 bahawa Isnadnya hasan. Al-Albani berkata Al-Haitami berkata seperti Ibn Hajar dalam al-Majmak. 3/152)

Qais bin Rabi’ meriwayatkan dari Zuhri bin Abi Tasbit al-A’ma dari Tamim bin ‘Ayyad dari ibnu Umar ia berkata:

“Alqamah bin Al-‘Ash pernah bersama Rasulullah, datang bilal untuk azan, kemudian Rasulullah bersabda: Tunggu sebentar wahai Bilal, Alqamah sedang makan sahur!”

Dikeluarkan oleh At-Tayalisi 885 dan At-Tabrani dalam al-Kabir. Lihat: Majma’ 3/153. Al-Albani berkata: Hadis Qais hasan jika ada syawahidnya, namun kerana Qais sendiri jujur (suduq), dia meriwayatkan hadis sesuai dengan perawi-perawi siqah lainnya hadisnya dapat dipakai.

Apabila mau jelas silhkan klik link atau tautan ini http://fiqh-sunnah.blogspot.com


Tidak ada komentar:

Posting Komentar